Bangsa Bisaya kalau diteliti daripada segi kegiatan agama agak menonjol kerana pada era 70an, 80, dan 90an, kebanyakan imam-imam yang ditauliahkan sebagai imam masjid adalah berbangsa Bisaya, Hal ini diakui oleh seorang pesara guru besar yang berasal dari labuan dan telah berkhidmat hampir semua tempat didalam negeri sabah sebagai guru mengesahkan bahawa, hampir setiap masjid yang beliau kunjungi pasti ada seorang imam Bisaya dan berasal dari sebelah Beaufort (Klias, Kuala Penyu, Membakut, Sipitang). Oleh itu amatlah disegani kerana berkembangnya Islam mungkin juga hasil usaha mereka dalam menyebarkan ajarannya. Tetapi sejak kebelakangan ini terdapat angin perubahan yang meniup kelunturan semangat dikalangan bangsa Bisaya kerana kekurangan peluang untuk memajukan diri atau juga pengaruh luar yang mendorong bangsa Bisaya tidak berani atau mampu tampil menaikkan tradisi ilmu yang mereka banggakan selama ini.