Forum terkini menguji minda kitani.
 
HomeFAQSearchRegisterLog in

Share | 
 

 Persatuan Bisaya Bersatu Sabah

View previous topic View next topic Go down 
AuthorMessage
Geletek
Moderator
Moderator


Posts : 14
Reputation : 0

PostSubject: Persatuan Bisaya Bersatu Sabah   Wed Aug 11, 2010 12:12 pm

Saya terbaca satu artikel dari anak bisaya... http://entahapa-apa.blogspot.com/

Quote :
Tahniah kepada Persatuan Bisaya Bersatu Sabah (PBBS) kerana Berjaya mengadakan satu perayaan yang besar yang menjadi kebangaan bagi suku kaum Bisaya Sabah iaitu Adau Janang Gayuh kali ke 7 pada 30 & 31/07/2010 bertempat di SK Lupak, Beaufort semenjak 33 tahun penubuhannya…
….kemasukan PBBS ke dalam Persatuan Kadazan Dusun (KDCA) sebagaimana yang diumumkan oleh Presiden KDCA Datuk Seri Pairin Joseph Kitingan pada hari perasmian Adau janang Gayuh dilihat sebagai satu lagi kemajuan yang membanggakan dalam PBBS yang diterjui oleh Presiden Janang Gayuh DSP Dr Hj. Lajim Hj Okin seiring dengan kemajuan Persatuan-Persatuan etnik budaya yang lain di Sabah khasnya dan di Malaysia amnya…dengan ini Adau Janang Gayuh dilihat mampu membawa suku kita Bisaya dan adat resam diketahui dengan lebih jelas dan luas lagi dalam warna warni budaya Malaysia…
..penyertaan pelbagai pihak dan individu dalam pameran sempena perayaan berkenaan telah mampu menambahkan kemeriahan sambutan Adau Janang Gayuh..buat pertama kali dalam sejarah PBBS membawa pameran sejarah perjuangan suku kaum Bisaya dalam peristiwa Perang Padas Damit yang berlaku sekitar tahun 1888-1889 untuk tatapan umum yang diselanggarakan oleh anak Bisaya sendiri. Gelari warisan Shahbandar telah mendapat perhatian beberapa orang pengunjung tempatan, namun apa yang agak menyedihkan rata-rata mereka tidak mengetahui akan sejarah berkenaan yang telah mengorbankan jiwa pejuang-pejuang Bisaya yang mempertahankan Padas Damit dari pencerobohan penjajah, setengah individu pula tidak mengetahui secara jelas siapakah pejuang-pejuang yang terlibat secara langsung dalam Perang Padas Damit pada masa itu dan ada sesetengah penulis tidak menemui sumber lain atau waris pejuang Padas Damit yang lain dalam penulisan mereka, ini kerana Perang Padas Damit bukan hanya melibatkan 2 atau 3 orang individu pada waktu itu, ianya adalah perjuangan yang melibatkan suku kaum Bisaya…..
….PBBS di minta agar lebih serius untuk memandang kesungguhan waris-waris pejuang perang Padas Damit yang berusaha utuk membawa sejarah berkenaan untuk dihayati oleh suku kaum Bisaya itu sendiri dan bukan bermaksud untuk mencari popularity dengan sengaja mengada-adakan cerita yang melulu melalui penulisan dan juga pameran berkenanaan…
..pemilihan Padas Damit sebagai venue sambutan Adau Janang Gayuh kali ke 8 adalah satu perancangan yang paling tepat untuk mengenang kembali pejuang-pejuang merupakan nenek moyang kita dan mengabadikan nama-nama mereka dalam sejarah yang sepatutnya dijaga dan dipelihara oleh PBBS yang menjadi harapan dan sandaran memperjuangkan nama dan mertabat suku kaum Bisaya....




...sedikit salingan..
..hasil dari mengoogle saya telah menjumpai sedikit info mengenai sejarah asal usul Bisaya tulisan asal oleh Encik Haji A. S. Suhaili bin Haji O.T. Shatar..
<- Asal Usul Bisaya ->
..gambar di atas lakaran Awg semaun yang menurut lagenda adalah nenek moyang suku Bisaya...Keluarga ini mempunyai 7 orang anak di mana 6 darinya lelaki iaitu Peti Berambai atau Pati Berabai, Si Garamba, Peti Garamba, Peti Runa atau Pati Bagunak, Semaun atau Si Maun dan Awang Alak Betatar atau Urak Betatar atau Lok Batata atau Awang Alah Bertabar; dan seorang perempuan (Siti Duyah atau Duri atau Bunga Sunting)...

ada kah apa-apa dari PBBS ?




..satu upacara khas bagi mengenangkan kembali pejuang-pejuang Padas Damit ini sepatutnya diadakan di bekas kota atau kubu dengan ditontoni oleh orang ramai dan media massa serta pelancong asing bagi menjadikan Adau Janang Gayuh lebih Berjaya memperjuangkan nama Bisaya selama-lamanya..
…walau bagaimanpun jangan hanya mengenengahkan waris pejuang - pejuang yang berkaitan dengan individu yang telah ada nama dalam politik yang ada pada hari ini sahaja yang mau dipaparkan ( mamajek / tukang jek da Bos..kandu )… Perang Padas Damit adalah perjuangan bangsa Bisaya demi kedaulatan bangsa dan bukan perjuangan mempertahankan kepentingan individu sahaja….
..nama-nama pejuang seperti Datuk Shahbandar Angkong, Puteri Maimunah, Sharif Giok dan lain-lain pejuang dijadikan ikon kepada perpaduan semangat juang Bisaya, PBBS berkawajiban untuk mempertahankan fakta dan sejarah perang Padas Damit demi untuk suku Bisaya…waris-waris pejuang berkenaan yang merasa diambil perhatian bukan untuk nama tetapi kepentingan suku Bisaya seluruhnya yang mana boleh memberikan kesan yang lebih membangunkan bangsa dan budaya Bisaya…..
..kandu…

..akhirul gayad …tulisan da post kali ta titi antad da romoh keturunan Datuk Shahbandar Angkong Bin Panglima Alam …inugah ku tara takiak la tapi isa nangugah da maksud….
…mabalut antad da Allah s.w.t, isa mabalut no antad da nafsu ko ….
Back to top Go down
 
Persatuan Bisaya Bersatu Sabah
View previous topic View next topic Back to top 
Page 1 of 1

Permissions in this forum:You cannot reply to topics in this forum
e-sabahminda-kita :: Minda Orang Sabah :: Minda Bangsa :: Bisaya, Barunai, Bajau, Kedayan-
Jump to: